BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 5, 2010

selamber

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

Power Renjis : Tunggu dan terus menunggu.

18

Mar

Mengawan

Posted by Power Renjis

Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :
'WOW Itu dah lebih dari dua kali seminggu.Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari.Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan tu, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA SETIAP KALI ??

Power Renjis : Wat hal sendiri lagi baik.

10

Mar

Botak

Posted by Power Renjis

Ada seekor burung, dia amat disayangi oleh tuannya kerana dia sangat pandai bercakap.

Pada suatu hari, tuannya telah mengadakan satu party harijadi untuk anaknya dan kerana kegembiraannya, beliau telah menempah kek coklat 3 tingkat dan membenarkan burungnya terbang bebas semasa party itu berlangsung.

oleh kerana terlalu gembira, burung itu telah terbang dan menyapa semua tetamu yang hadir sambil berkata 'happy birthday'.

ketika asyik terbang, burung itu sakit perut lantas telah terberak di atas kek harijadi anak tuannya.

apa lagi, mengamuklah si tuan burung. dengan bengangnya, tuan burung itu telah mencabut bulu burung itu sambil menyumpah-nyumpah.

burung yang telah botak itu dimasukkan kembali ke dalam sangkar dan telah bertenggek dengan monyoknye.

namun, dalam kesedihannya, dia masih mengucapkan 'happy birthday' kepada tetamu yang melintasi sangkarnya.

Tiba-tiba, ada la sorang mamat botak yang gagah perkasa dan bermuka garang telah duduk bersandar di sebelah sangkarnya. burung itu merasa berbunga-bunga dan ingin berborak dengan mamat tersebut.

lalu burung itu menyapa mamat tersebut. " berak atas kek jugak ke?"

mamat yang kebingungan itu menggelengkan kepalanya sambil bertanya, "Kenapa?"

Lalu si burung menjawab, " Tu kepala botak tu.."